SlideShow

0

ikan keli (halal vs haram)


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.
0

hulurkan simpati..ringankan beban..

ANIS IRDINA AMIR

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
0

WANITA ibarat Semalu.

Pertama 
Semalu akan kuncup, melambangkan wanita perlu ada sifat malu.
 
Kedua 
Semalu itu berduri, melambangkan wanita perlu menjaga maruah dan diri. 

Ketiga 
Semalu itu ada akar yang kuat mencengkam tanah, melambangkan wanita perlu ada keterikatan yang kuat kepada Allah.

Keempat
Semalu akan layu pada waktu senja, melambangkan wanita perlu pulang ke rumah ketika senja menjelang tiba.

- Nasihat Rasulullah SAW kepada puterinya S.Fatimah Az-zahrah
~ Siti Khadijah
0

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang


Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

Sembahyang adalah salah satu bentuk penghambaan seorang insan kepada Tuhannya. Di dalamnya terdapat doa-doa dan pujian yang menghubungkan secara langsung hamba dengan Allah. Lima kali sehari cukup berfungsi sebagai tali pengikat insan yang lemah untuk sentiasa mengingati-Nya. Tetapi bukan bererti semasa sembahyang sahaja kita ingat kepada-Nya dan selepas itu kembali lalai. Bahkan sembahyang yang betul dan berkesan dapat mempengaruhi peribadi seseorang sehingga dia merasai pengawasan Allah SWT pada seluruh ruang dan waktu dalam kehidupannya. Masalahnya adalah tidak sedikit orang-orang Islam yang masih kabur tentang makna dan hakikat sembahyang, apatah lagi bagi kita bangsa melayu di mana ramai yang buta dengan bahasa yang digunakan dalam sembahyang. Sehingga kenikmatan ibadat itu tidak dapat sempurna dirasai. Ada juga orang-orang yang berputus asa setelah sekian lama belajar masih belum mendapatkan kepuasan sembahyang yang diimpikan. Dinasihatkan kepada mereka jangan patah semangat untuk terus belajar dan jangan dihiraukan was-was syaitan yang menjejaskan proses ibadat yang paling agung ini. Bahkan orang yang berilmu tinggipun tidak terlepas dari masalah kelalaian dalam sembahyangnya, untuk itu metod murajaah (ulangkaji) dalam menuntut ilmu adalah penting sebagai penyegar kualiti ibadat seseorang. Marilah kita ingatkan diri kita bersama-sama tentang cara mendapatkan khusyuk dalam sembahyang. Ada beberapa faktor penting untuk mendapatkan sembahyang yang khusyuk.
Antaranya ialah:
Bersedia semasa wuduk
Dalam kitab Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayat), Imam al-Ghazali mengajarkan kita dengan doa-doa khusus semasa mengambil wuduk. Tidak mengapa jika anda tidak mengamalkan doa-doa yang memang cukup panjang itu tetapi pada hakikatnya beliau mengajak kita untuk menyelami falsafah wuduk yang dilakukan. Bermula dengan membasuh muka, semasa itu hendaklah kita mengingat tentang ayat Allah yang bermaksud: ”Pada hari yang wajah mereka ada yang putih berseri dan ada pula yang hitam muram. (Surah al-Baqarah Ayat 106). Semasa itu kita meminta kepada Allah SWT agar diputihkan muka kerana cahaya sembahyang. Kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku, doa yang dianjurkan ialah, ”Ya Allah berikanlah buku catitan amalanku dari sebelah kanan.” Disambung dengan tertib wuduk yang ketiga iaitu membasuh kepala. Bacalah doa: ”Aku memohon naungan-Mu ya Rabbi pada hari yang tiada naungan selain naungan-Mu.” Yang terakhir adalah membasuh kaki hingga ke buku lali, bacaannya adalah: ”Ya Allah mudahkanlah aku menyeberangi titian sirat nanti.” Dalam makna doa-doa yang dibaca ini, ia mengingatkan kita kepada hari akhirat. Jika dihayati bacaannya, akan lahir perasaan takut kepada Allah SWT yang menyumbang kepada suasana hati yang khusyuk sebelum memasuki sembahyang.
Memahami Makna Bacaan
Bagi mereka yang faham bahasa Arab tidaklah susah untuk mendalami makna-makna ayat yang akan membawa kepada suatu penghayatan yang kuat. Tetapi sebaliknya mereka yang sama sekali buta huruf Arab perlukan usaha yang berterusan dalam menghafal ayat-ayat yang terpenting dari kesemua susunan ayat. Contohnya adalah memilih ayat yang paling memberi kesan di hati seperti Inna shalati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati lillahi rabbil ’alamin. (Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku adalah milik Allah Tuhan semesta alam) Tiada satupun menjadi hak milik kekal, semuanya adalah pinjaman Allah SWT. Rasa berserah diri dan menghinakan diri di hadapan-Nya serta bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT atas segala qadha dan qadhar-Nya. Bertalu-talu menikam perasaan kita. Kemudian bacaan surah al-Fatihah, yang mengandungi puji-pujian kepada Allah Yang Maha Rahman dan Rahim. Penghayatan yang baik ketika melafazkan satu persatu ayat membuka cakerawala minda seorang hamba langsung kepada Allah SWT. Tiada orang tengah antara kita dengan Rabbul Alamin. Segala permintaan didengar dan dimakbulkan. Dilanjutkan dengan bacaan rukuk, iktidal dan sujud penuh tasbih dan pujian kepada Allah SWT dan ingatlah simbol-simbol gerakan itu menunjukkan bahawa kita reda berserah kepada qadha dan qadar dari-Nya. Ketika duduk di antara dua sujud bacalah doanya: Rabbighfirli, warhamni … (Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, tunjukilah aku, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku). Elok dihafalkan bacaan tersebut dengan maknanya sekali.
Tepis dunia seketika
Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua kaki tegak berdiri di atasnya, jangan biarkan dunia masuk ke dalam benteng hati. Kunci segala pintu yang memanjangkan angan-angan dunia dan tipu dayanya. Kosongkan hati hanya untuk pertemuan dengan Allah SWT. Konsep ihsan amat diperlukan pada saat ini iaitu ”beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak mampu melihat-Nya sesungguhnya Ia melihatmu.” Bagi orang yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia, sembahyang merupakan terapi yang paling baik untuk meredakan tekanan dan emosi. Gerakannya yang lembut dan teratur disertai dengan tarikan nafas antara ayat-ayat yang dibaca mampu menciptakan suasana hening syahdu. Saat ini banyak orang menggunakan cara meditasi seperti senaman yoga, mandi bunga dan aroma terapi untuk melepas dan meredakan tekanan dan stress, padahal Islam telah mengajarkan zikrullah dan salat sebagai bentuk meditasi terunggul sejak berzaman. Bukankah sebelum sembahyang mesti kita membersihkan diri, memakai wangi-wangian adalah diharuskan dan menjadi Sunnah Rasulullah SAW. Khusyuk hanya dirasakan oleh mereka yang menjaga kebersihan dan keharuman tubuh badan dan pakaian serta tempat salat. Kemudian bagaimanakah cara meninggalkan kesibukan dunia ketika menghadap Allah SWT? Caranya hanya satu iaitu dengan memikirkan dan menghayati hari akhirat. Berdiri di hadapan Allah ketika salat adalah umpama berdiri di hadapan-Nya ketika hari penghisaban, semua amalan akan ditimbang dan kita menunggu nasib diri yang penuh penyesalan. Mengingati saat-saat menyeberangi titian sirat, adakah kaki yang berdiri akan tegak seperti tegaknya dalam sembahyang? Sujud dan rukuk mencerminkan ketakutan dan pengharapan kepada keputusan Allah atas diri kita. Adakah tempatmu di syurga ataukah di neraka? Kepenatan berdiri ketika salat mengingatkan kita pada saat berkumpul di padang mahsyar, sabar dengan ujian di dunia lebih baik daripada siksaan di akhirat!
Jika pemikiran terfokus kepada tayangan-tayangan kengerian di akhirat nescaya tidak ada peluang bagi dunia duduk di tengah-tengah ibadah salat kita.
Sembahyang yang terakhir
Kekuatan penghayatan salat dapat disempurnakan dengan sentiasa ingat kepada mati. Azab dan nikmat kubur terbayang di mata. Manakala malaikat maut seakan-akan berada di belakang kita. Jika salat yang dilakukan sekarang adalah yang terakhir, sudah semestinya kita tidak akan melepaskan peluang ini untuk melakukannya dengan sebaik-baiknya. Anggaplah setiap kali salat adalah yang terakhir dalam hidup kita. Dan alangkah bertuahnya orang yang berakhir nafasnya ketika sujud kepada Allah SWT. Semoga kita dikurniakan nikmat kebaikan sedemikian.
Kesungguhan menundukkan hati kepada Allah SWT akan membuahkan kemanisan beribadat. Ditambah dengan ganjaran kaffarah dosa-dosa setiap kali salat. Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang pentingnya mendapatkan salat khusyuk sepertimana sabda baginda SAW: ”Tidaklah tiba waktu salat fardu kepada seseorang, lalu dia membaguskan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya melainkan salat itu menjadi penebus dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar dan yang demikian itu berlaku berterusan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ibadat dalam Islam amat mudah, bahkan ia mengajar kita bersikap optimis. Bagi sesiapa yang berusaha, Allah SWT akan mengampuni dan melenyapkan kesedihan mereka kerana dosa-dosa pada masa lalu. Jadi jangan berputus asa untuk berjuang menegakkan salat dengan sempurna.
0

Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:


by Hawa Lawa on Tuesday, August 16, 2011 at 1:38pm
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
0

MuSL!M@H S0LeH@H mmg X GUNA!!!...(BaCa DaHuLu)


by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak on Saturday, July 2, 2011 at 9:36pm

Jgn terkejut dengan tajuk..Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA  rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA  minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA  kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

 

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA  tudung tiga segi, apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.





7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA  lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.



8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

 

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

oleh:http://scripters.ning.com/

~Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak~
0

.:::PANAS NYA BERITA NI:::.


Baru saja mndapat maklumat SULIT & TERKINI bahawa Najib Razak dijangka @ mungkin akan bubarkan parlimen selewat2 sebelum 2012. Tarikh jangkaan pastinya 11.11.11 (Tarikh Keramat Najib). Maknanya ia berlaku selepas pembentangan Bajet 2012 dan sebelum reformasi pilihanraya dijalankan. Patutlah UPSR dipercepatkan dan angin kini semakin bertiup kencang. Maka, semua pihak diminta bersedia dan berjaga2 utk menghadapi segala kemungkinan. Jangan terleka walau seketika, jika tidak mahu teraniaya dek helah pilihanraya. Salam Perjuangan Buat Semua..... Perjuangan harus diteruskaN Kredit:CMK