SlideShow

3

PeRtEmUaN PeNuH bErMakNa

salam dan selamat pagi..
aku selamat sampai di bandaraya Kuala Lumpur..
selesai solat subuh, aku menunggu kedatangan dia untuk mengambil aku di stesen bas nie.
setelah lama xjumpa, kami akan bertemu kembali.
menunggu kedatangan nya terasa seperti waktu merangkak terlalu perlahan..
akhirnya dia tiba jgk.selepas menghantarnya ke pejabat, aku pulang untuk berehat seketika sebelum ke pusat servis Proton..dah la PE nie xservis..maklum la kereta nak jalan jauh nanti, kena la servis dulu, bagi vitamin secukupnya dulu baru la kereta tue tahan lama dan cekap..hehehehe
petangnya, selepas aku ambik dia di pejabat, kami sama2 ke Jalan TAR tujuan nak cari barang2 yang perlu untuk majlis nanti..
tempat tujuan kami adalah Sogo, Semua House dan kedai2 sekitar Jalan TAR la..
rambang mata jgk tengok kedai2 tudung, baju kat Jalan TAR nie..
memang banyak pilihan la..
hampir semua kedai kat Jalan TAR tue kami masuk..
akhirnya kami sampai jgk kat Semua House..
masuk jer kat cni, macam2 boleh nmpk..baju pengantin, hantaran n macam2 lagi la.
kami masuk la 1 kedai nie..niat nak tgk baju pengantin, tgk2 jer sebenarnya, tapi lain plk yg jadi..
dari tgk2, kami beli la jgk..
harga OK, berpatutan dan cantik..kena dengan taste kami..dah settle 1 barang..
nak cari barang lain, kami ke tingkat atas..cari gubahan hantaran..
rupanya, susah jgk nak buat persiapan majlis nie kan..
macam2 kena fikir..kami plk dah la buat persiapan last minute..semua nak beli ari nie dan besok..
mjur majlis ringkas jer..kepada kawan2, jgn buat persiapan last minute yer.
menyeksa diri jer..penat, tapi hati gembira..
di temani plk insan tersayang..sama2 berusaha sempurnakan majlis tue nanti..
ari nie, tempat tujuan kami ke Pertama Kompleks plk..
sampai ketemu di lain masa..

wassalam....
0

JALAN2 KE KUALA LUMPUR

Slmat mlm semua...
sj je bkk blog..ni sementara tgu ak punye housmate(jebon) g bg mkn rotifer dia..
smbil2 tgu, bleh berblog dlu..hehehe..
mlm ni ak naik bas kul 10 mlm..bas adik beradik..
doakan ak slamat smpai n pulang ye...
org cti bllik kg,ak cti g KL..hehe
g KL nk g ambik seseorgla..
kn ada mjlis besar nti..
xkn dah lupa kot..ari tu dah cerita...
xthla blik kg brp hb...tgokla die dpt cti ke x...
0

PERTANDINAGAN INOVASI DAN PENYELIDIKAN UMT 2011...

 aman bersama dgn projeknya...



UNIT SKUBA.. 


PELAWAT DI PROGRAM PENYELIDIKAN UMT...
0

membudayakan melayu dengan keusahawanan...

saya amat tertarik dengan topik ini kerana dalam pendapat dan pandangan saya, maju atau mundurnya seseorang atau bangsa itu bergantung pada budayanya..kalau nilai hidup ini sesuai, maka berjayala bangsa tersebut dan apabila gagal, gagallah individu atau bangsa ataupun negara tersebut..dalam ekonomi, kita memerlukan budaya yang betul supaya bangsa kita tidak lagi bergantung pada bangsa lain..
kuasa ekonomi adalah kuasa yang amat penting dalam sesebuah negara..ekonomi yang tinggi dan kuat akan dipandang tinggi dan dihormati..
GAGASAN BADAN EKONOMI MELAYU

 UCAPAN TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK

kalau kita lihat,sekarang ini bangsa kita tidak memiliki apa2 budaya yang boleh meningkatkan taraf ekonomi..bangsa kita masih lagi lalai,masih lagi x mempunyai nilai yang diperlukan oleh seorang usahawan yang berjaya.

sikap usahawan yang berjaya ialah menepati dan menghormati masa, tepat janji, pandai mengambil hati, pandai menyusun produk dan strategi, membuat keputusan yang tepat dan mempunyai pengetahuan yang luas..

menjadi cabaran kepada kita sebagai golongan baru bagi menebus pegangan dalam ekonomi..kita perlu ingat, bangsa melayu dulu merupakan contoh ekonomi melayu..tidak mungkin empayar besar Melaka dapat wujud tanpa adanya pengurus-pengurus hebat dalam menjana kekuatan ekonomi yang kukuh..
 "sekiranya kita gagal dalam perjuangan ekonomi bangsa melayu, maka tumpaslah ketahan bangsa,.." (Tan Sri Rahim Tamby Chik)
0

hari penyelidikan UMT



assalamualaikum..
dh lewat mlm ni br nk update blog...
dah lm sejuk..
sempena dngn hri penyelidikan dan inovasi ni adala skit bnda nk cerita..
pasal housemate sorang ni..
terlalu semangat nk bt presantation.. maklumla,org ambik Phd...

 ni dai projek aman....hhaaaa..camne?? ok x? masuk program inovasi tau..

nak dijadikan crite, pagi2 lagi dia ni kjutkan ak dri tdo..
semangat je..ak br je nk smbung tdo.hehehe
terpaksala bgun jgk...tlg mmbr
dia ajkla g kt pameran inovasi..tolong dia set up brg2..
siap mndi g la ambik barng2 kt dlm U..siap sume brg punggah msuk lam kete..
sampai saje kt DSM ak tgok semacam je suasana..
sunyi sepi..
yang ada hnya tukang kebun n mak cik yang sapu sampah tu..
kitorang ape lg, g la cri tiang lampu yang ad iklan 2..
tgok2 esok br start program..
adoi...apela aman ni...

betapa semangatnye dia..dahla jam awl 3 jam..tarikh plak awl shari
ADOOOIII.......

0

TaHun PeRuBaHaN

pelik x tajuk post aku kali nie??
pelik jgk kan..banyak maksud di sebalik tajuk post aku kali nie..
macam2 tafsiran boleh dibuat..
tapi fokus aku adalah pada status a.k.a single to married...
best jgk kan..
tahun nie ramai kawan2 sebaya aku akan berubah status dari single kepada married..
ada yang dah bertunang tahun lepas, tahun nie plk nak kawin..
ada yang nak tunang tahun nie, kawin pun tahun nie jgk (eheeeem)
anak2 dara ofis sebaya aku pun tunggu turn untuk menamatkan zaman dara masing2..
ada bulan Feb nie, bulan Jun, July and lastly after eid..
anak2 dara tengah tunggu turn, tapi yang staff teruna xtau arah tujuan lagi..
lambat lagi kot..alasan diaorang, lelaki kawin lambat xper..xde istilah teruna tua..
tapi bagi aku istilah bujang lapuk ada je kan..hehehhe
macam citer P.Ramlee tue..
ada kawan aku tanya apa perasaan yer nak kawin??
berdebar x??
bakal pengantin tue kata, dia xrasa apa2 pun..xteruja pun..
heran kan...dia tanya pendapat aku..
bagi aku, tue semua mungkin bisikan syaitan..syaitan mesti tak suka perkara yang baik apatah lagi bila nak menyatukan dua insan ke arah hubungan halal a.k.a membina masjid nie..betul x..
jadi aku nasihatkan dia dan ingatkan diri aku, lawan bisikan syaitan tue..
sekarang nie, asal berkumpul jer, topik persiapan kawin yang dibincangkan..
nak tempah kad jemputan, pelamin, hantaran, warna baju and macam2 lg la..
resam orang nak kawin..
bila dah kawin, lain citer plk kan..
mesti berkumpul bincang pasal anak2 plk..
anak nak minum susu apa (susu ibu la paling baik), nak pakai lampin jenis apa, pengasuh nak cari mana and macam2 lagi la..
begitulah graf hidup seorang manusia..
1

tentang aman..

aman merupakan seorang lelaki yang berasal dari serawak..
beliau memiliki sebuah kereta proton saga FL...
skrg beliau sedang melanjutkan pelajaran di universiti malaysia terangganu..
petang-petang beliau suka memotong rumput dengan menggunakan gunting kertas..
roomate beliau bernama kerol..
beliau hidup dengan aman damai..
2

APe sUdaH jADI????

FUhhh...
penatnye main pingpong ari ni...
rasa cm nk pengsan je...hehehe
dah lm xmain..
tp best jgk...
dr kul 8 smpai kul 12mlm ...


dlm perjalanan balik ke rumah sewa, adala 1 parti politik tu...
dia pasang bendera aparti dalam kampus..
adoi..ape dah jdi ngn politik negara kte skrg???
ak sendri dah poning...
bak kata orang ckp x supa bikin...


tempat org blajar mn bleh di capur adukkn dengan politik....
kenala adil...kitakan negara demokrasi...
ak dah xfham ngn politik negara skrg...
kdg2 org yg xde tanggungjawab n kuasa langsung yg lebih..
nk lebih2 gk masuk tandingla...jdi wakil rakyat..

pihak U pn kenala jalankan tugas...
klu student masuk parti politik, salah palak..
tapi, klu letak bendera politik kt sesuatu tempat tu dah mcm kempen pilihan rayala palk..
klu 1,2 bendera okla..ni antara tiang lampu lbih dr 10 bendera yang siap dipasang...
mcmn xnk bg student terpengaruh???

0

RM 10 Juta Untuk Pekerjaan Yang Lebih Berkat

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal di negeri ini bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain dan mendapatkan rezeki lebih berkat.
Kenyataan Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib orang Islam yang bekerja di premis seperti kilang arak dan kelab malam serta sektor pekerjaan yang melibatkan arak.
Justeru itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan peluang latihan usahawan dan modal berkenaan bagi membantu pekerja beragama Islam terbabit memulakan perniagaan sebagai mata pencarian baru.
Antara sektor perniagaan yang ditawarkan adalah kecantikan, jahitan, masakan dan membaiki telefon bimbit.
Mereka yang berminat boleh berurusan di Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-55447115/7965.
Baru-baru ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan surat peringatan dan garis panduan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak sebagai langkah membendung mereka dari terbabit dalam bidang pekerjaan tidak halal.


- Shah Alam, 18 Januari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.

0

10 SOALAN MENGENAI SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA?



March 10th, 2010 at 10:38 am | Melayu, Muslim |
Satu perkongsian menarik dan bermanafaat melalui email yang baru saya terima daripada rakan saya saudara oulet kenitra sebentar tadi. Dan saya rasakan patut dan sesuai untuk dikongsikan bersama di ruangan blog ini. E-mail ringkas dan padat yang serta telah dipanjang kan kepelbagai peringkat dan lapisan rakan-rakan atas talian. Mengenai 10 soalan ringkas beserta jawapannya sekali untuk mengetahui kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang m ani s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …
err..ayat yang last kat atas tu, bukan saya tulis, tapi termasuk dalam pakej email tu…  
Semoga dapat di ambil pengajaran dan ruang untuk muhasabah diri kita sendiri.
0

PeriStiWa HAri Ini...

SALAM SEMUA...
ari ni lmbt cket msuk...hehehe
ada class pgi..

masuk kelas jumpe ngn lecture..
tny cmne ngn pendftaran...
yela,dlm sistem sy masih xkuar2 lg subjek yg diambil untuk sem ni....
biasa student ln online je..
tp sy xbleh


pagi2 dah pening kepala...huhuhu...

ni je yg sy dftar untuk sem ni....
huhuhu..
xth ape2 subjek pn..
jumlah krdtpn 0..
adoi..
last sem pn msih ada masalah....



cmne sy nk online????
nk dftar xbleh...
tgokla subjek yg bleh di dftar...
dahla sume ni elektif...
sy nk tmbh kursus untuk subjek wajibla....
0

LiRIk LaGU - CEriTa KEdaI kOpI

Malique - Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah
1

coastal destruction..

dulu pantai yang cantik n tenang...
ramai org dtng untuk tenangkan fikiran,
bersia-sia ngn kuarga,
ada jgk yg dtg utk berdating...hehehe.
tapi....
skrg makin bertambah bilangan pengunjungnye...
kenapa ye??
adakah ia bertambah baik???
mungkin kot..tu klu fasaliti bertambah baik,,
di pantai ni lain palk crite nye...

dulu ia merupakan jln untuk pengunjung yg lalu lalang..



ini palk ombak yg sempat di ambil,,


gulongan maut..

pemandangn dri bawah..dekat ngn gigi air..
dulu gigi air lebih kurang 20-30 meter dr sni..
mungkin lebih kot...







ini plak bekas pondok yang beru je siap..
xsampai stahun..
cat masih bru lgi...
itu adalah tapak asalnye...


nantikan sambungannye....
0

PENGISIAN DI PAGI HARI...PART1

bangun pagi usai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan seorang hamba Nya, terfikir baju kerja belum di 'iron' lagi..jam belum 7 pagi, jadi sempat la aku 'iron' baju sementara menunggu rancangan kegemaran ku 'tanyalah ustaz'..biasa la TV9 DIHATIKU..hehehe..
dimulakan dengan bacaan ayat-ayat2 suci Al-Quran, tajuk pagi nie ialah isteri solehah..
best tajuk nie..sesuai kepada mereka yang ingin membina masjid a.k.a anak dara yang bakal berubah title nanti dan sesuai jgk untuk lelaki-lelaki yang ingin mencari suri hidupnya..
ustaz tue kata: perkara pertama yang menunjukkan ciri isteri solehah ialah, dia mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya...
selain itu, dia patuh dan taat pada suaminya setiap masa tetapi bergantung pada keadaan jgk..
contohnya, si suami cakap: yang, saya nak minum air kelapa, panjatkan pokok kelapa untuk saya sekarang..
si isteri yang lihat pokok kelapa tue pun senget2 kepala dia, pening kot sebab tinggi sangat.
dalam keadaan ini, isteri tidak perlu ikut apa yang suami tue nak...betul jgk apa yang ustaz tue cakapkan..
 lepas tue, ada seorang mak cik tanya ustaz tue: apakah asas...........
0

Tip-Tip Wanita Hari Ini


Tip Wanita Hari ini (1) :SIKAP KEIBUAN >>>Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

Tip Wanita Hari ini (2) SIFAT KEANAK-ANAKKAN>>>Sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tentunya sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Tip Wanita Hari ini (3) : PENUH PENGERTIAN>>>Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, pandai memilih waktu yg sesuai utk berbincang dan bercerita masalah dan sebagainya.

Tip Wanita hari ini (4) : PANDAI BERBICARA>>>Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita namun wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg aktif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik dan menghiburkan.

Tip Wanita Hari ini (5) : MENJAGA PENAMPILAN>>>Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, wangi, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya dan tahu merapikan diri sendiri. Rata-rata lelaki tak suka wanita yang selekeh dan comot.

Tip Wanita Hari ini (6) : SIMPATI DAN PRIHATIN>>>Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesonakan. Tentunya sikap Lelaki yang sedemikian juga di khendaki oleh para wanita….!!!

Tip Wanita Hari ini (7) : PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI>>>Wanita dan Lelaki yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai tambah yang lebih. Wanita maupun Lelaki tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, mereka tidak gentar dan kekok, malah cepat menyesuaikan diri. Mereka tahu beradab samada sewaktu di bandar ataupun di kampung.

Tip Wanita hari ini (8) SALING MENGHARGAI>>>Wanita dan Lelaki yang saling menghargai adalah pasangan yang serasi Rata-rata wanita suka diperlakukan dgn lembut dan di hargai jasa dan pengorbananya, lelaki juga suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

TERLALU CEMBURU MEMBAWA PADAH ….TERLALU PERCAYA MEMBAWA REBAH



by Mohd Adha Mohd Zain on Tuesday, January 18, 2011 at 3:06pm




0

SARAPAN PAGI....


pembuka selera di warung tepi pantai bersama aman n jebon...

teh gelas menjadi pembasah lidah n tekak..


nasi lemak sebgai pembuka selera...
breakfast bersama deruman ombak....


nti kte tgok betapa besarnya ombak di pantai tok jembal...
semakin lama semakin ganas..
tebing2 n pokok2 habis di gondol oleh ombak..
kenapa bleh jdi bgini???
0

JoM BEriaDAH di PEtaNG HArI..

assalamualaiku n salam sejahtera...
sejej msuk blog ni..dah xde ape nk buat..
jap lg nk p pantai UMT..
nk kuarkan peluh skit..
dah lama badan ni xberpeluh..
nsib baikla badan x gemuk2..
hehehhee..

nk mandi pantai xbleh..ombak jahat..
tinggi sangat..
dah beberapa kali cuba nk main mndi,tp xdapt2 jgk..
kuat sgt ombak..
adala sorang housemate ni tercedera bb main pantai..
duk kt gigi air je
tp skali ombak dtg, habis tercampak..
nasib bk xde ape2 kt kwsan tu..
so, luka kcil2 jela..
bb kene pasir...
ok, nk g main bola tmapar pantai plak..
heheheA...
0

dinner bersama housemate...


warung mat kerol..


ikan bakar bersebelahan DARA INN..




ikan kegemaran kerol rijal...



ini aman punyer....
1

HArI YAng PEnuH DenGan DEbaRAn..part 2

asalamualaikum dan selamat pagi...
semoga cria n hepi selalu...


Alhamdullilah..ak slamat sampai kt rmh sewa dlm kul 11 lbh..dekat2 kul 12 mlm..
smpai rmh je trus cri tilam..
ngantuk giler..
yela, xsangka plak semalam merupakan ari yg bersejarah bt ak..dahla pada trikh keramat...
hehehee..
ak xsngka bgitu cepat kluargaku pergi merisik jue..
ak cuma bgth mak sekali je..
sruh mak pergi rmh jue pd raya cina...
mak ckp xkn nk g gitu je..
msti kne ada perbincangan dulu..
ak xckp ape2la...
ingakn dh xjd untuk bertunang pd cuti nti..
hanya tuhan saja yang th...
ak selalu berdoa agar tuhan permudahkan segala urusan dan percepatkan jodohku...
tiba-tiba je mak ak tepfon semalam dan bertanyakn no mak ju.
terkejut beruk ak..
hehehe..
gembira xperlu lah nk ckap..
siap bawak dlm mmpi plak tu...


aku berharap agar xde ape yang bleh memisahkan aku dan dia...
agar dipermudahkan segala urusan..
semoga kita tidak diuji dengan ujian yg besar dn tidak mmpu ditnaggung..
amin...

0

HArI YAng PEnuH DenGan DEbaRAn..part 1

selamat pagi....
hehee.. hari ni bgun pagi trus g jln kaki buang sampah..
fuhh... pnatla jgk..
dahla berat..jauh plak tu..
sje je nk bg bdn ni berpaluh skit...



singgah jap kt warung tpi pantai..
pekene teh gelas n nasi lemak di pagi hari...



lepas blik dri kdai trus basuh bj  n kereta... 
dua kerja satu ms...hehe 
nk jimat msa..


tengah syok2 dok gonyoh n gaha badan keto..tetiba je dgr bnyi fon..
cept2 aku berlari ank untk mencapai tlfon..
mak aku yang call tny xnk g jln kt klate ke??


berdebar je rasa ati ini..
ak ckp xth lg coz ari ni dah ari sbtu...
mak mntak no fon seseorg yg bergelar ibu..
ak tersyum lebar seorg dri..
aku pn tefonla jue..


ak dah tny aman, housemate ak..
nk pergi klate x??
dia ckp bleh je..
tgokla gano..
igt nk g jgk
tp kne cpt2la tolak..
mak ckp klu nk g kne g awl2..nti xdok org kt rmh...
k r..ak nk siap dlu..cpt2 nk g klate plak..
xsbrla plak rasa ati ini...

0

Bantulah Adik Hairuman ..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

 Di sini sayai ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya ketika beliau masih berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit.

 Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.

Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...

marilah kita sama2 membantu mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.



Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :162030632448 Maybank

Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor