SlideShow

0

harimau malaya

apalah ckp mcm 2..ishk..ishk..ishk..lanta​k diaorglah nk berebut bola sebji kt padang 2..
dh nama'y pn BOLA SEPAK..
klau dh sorg sebiji bola kt padang 2,baik g main kt rmh je bro....
x minat xpe..bro tgk je..klau xnk tgk pn xpe..
tpi sekurang2'y bg'h support utk pasukan HARIMAU MALAYA ni..
ramai penyokong dn peminat bola kt cni tau..mf klau terasa..
berbudi bahasa budaya kita..
peace..

ape2pn..penyokong harimau malaya tetap akan mendoakan kejayaan pasukan kebanggaan kita malam ni..
harap yang tinggi yang diberikan pada team harimau malaya untuk mencipta kejutan dan sejarah...
semoga rancangan dan tektikal k.rajagopal malam ni akan diterjemahkan dengan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 bg mengikat kedudukan 5-5...

0

Kapal mewah berbilion2 dibeli oleh peniaga misteri dari malaysia.



£ 3billion = nilai kapal layar neh. Nak tahu kenapa ia begitu mahal? Ia diperbuat daripada platinium dan EMAS. Selain dari itu, kapal ini juga menggunakan tulang t-rex di bahagian bilik tidurnya. Aduhaii..

Dan ini semua dibeli oleh peniaga misteri dari malaysia. Siapakah peniaga itu dan kenapa ia dirahsiakan? Aku pun taktahu. Mungkin mereka ada sebab-sebab tertentu kenapa nak rahsiakan perkara neh.

Urm.. kalau yang ada dalam kepala hotak aku neh sudan tentulah yang topten terkaya di malaysia yang beli benda mahal macam neh. Kalau nak tahu nilai kapal neh ialah £ 3billion = dalam matawang euro/paun sterling [betulkan kalau salah]. Bukan dalam ringgit malaysia. Kalau di convert ke wang malaysia mestilah jadi berbillion2.

Hahaha.. kaya betul dia kan. Boleh beli kapal macam neh.

Sumber asal di sini

Sozcyili : Kaya terlampau..?
1

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.
0

Tayangan umum visual BERSIH minggu ini

Add caption




2011/07/20

KUALA LUMPUR: Polis akan mendedahkan gambar dan rakaman visual keadaan sebenar ketika perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu kepada umum, minggu ini bagi menangkis dakwaan polis bertindak ganas dan tidak mengikut prosedur ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua rakaman itu sedang diteliti enam jawatankuasa khas dibentuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu, termasuk pelbagai gambar dan video yang dimuat naik dalam YouTube serta laman sosial lain.
“Banyak gambar dan video, termasuk yang ditokok tambah dimuat naik dalam internet sejak perhimpunan itu sehingga timbul persepsi negatif terhadap polis dalam melindungi keselamatan dan ketenteraman awam.
“Hasil laporan dijangka diperoleh minggu ini dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada media untuk hebahan umum. Kita meminta sesiapa memiliki gambar atau rakaman menyerahkan kepada polis untuk membantu siasatan kita,” katanya pada sidang media, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Himpunan PATRIOT bersedia mengemukakan saksi masing-masing bagi membantu siasatan berhubung situasi sebenar perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata pihaknya tidak akan menyerahkan rakaman visual dan bukti lain dimiliki mereka kepada polis, sebaliknya memilih menyerahkannya pada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
0

pengajaan kereta



Tips Penjagaan Kereta
1Cara Terbaik Jimatkan Petrol
Ketika harga minyak semakin melambung tinggi, ramai pengguna kenderaan bermotor berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar atau minyak ke tahap yang paling minimum…
Ada juga pengguna yang terpaksa menyimpan kenderaan semata2 untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian..oleh itu, adalah penting bagi kita memrhatai tahap penggunaan petrol…
Ini kerana bukan saja harga petrol yang melambung tinggi,tetapi penggunaan bahan itu secaraberlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. Cuba periksa kenderaan anda jika penggunaan petrol kenderaan anda mengalami masalah sebelum menggunakan sebarang alat yang mengurangkan penggunaan petrol…. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah…
Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialahdengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui penggunaialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta..
Penggunaan gear yang betul boleh membantu anda bagi mendapatkan penggunaan minyak yang baik…





Tips…
 Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrolsebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jikakebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlakukebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambunganmenggunakan spana.
 Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlumemeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.
 Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat makapenggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa kebengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan andasering dimati dan dihidupkan
0

bantah PAS sokong himpunan bersih 2.0 - buta sejarah Islam

Bantah sokong Ambiga buta sejarah

by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang on Tuesday, July 19, 2011 at 3:35pm
PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.
· · Share


  • 43 people like this.

    • Fairuz Basri KALAU DAH HATINYA BUTA YG LAIN LAINNYA APA LAGI, MINTAK MINTAK JAUH KEPADA PEJUAN ISLAM,
      2 minutes ago ·

    • Hando M. Taib tgk pasal pusat hiburan dah la..kite hok islam ni nk larang org islam..bukan nk larang org bukan islam..die siap maroh pulop...haha..sbb die hok nok gi nye...huhu
      52 seconds ago ·


2

EKORAN HIMPUNAN BERSIH 2.0

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.
0

BERSIH 2.0 - ape komen anda??

Editorial: Malaysia: Rich but not free

The Jakarta Post | Mon, 07/11/2011 10:20 AM
A | A | A |
The leaders of Malaysia are laboring under an old paradigm that says you can have development or democracy, but not both. We have news for them: You can be rich and free at the same time. Malaysians deserve both and they deserve it now — not sometime in the future.

The lengths the government went to in trying to prevent and then break up the Bersih 2.0 rally in Kuala Lumpur on Saturday shows that the nation’s leaders were still not prepared to let go — even when an increasing number of Malaysians of all races have been pressing for more freedom and justice.

The rally, defying a government ban, went down as the largest in Malaysian history. It was significant that representatives from all three major races participated.

The government vainly tried to play the race card, suggesting it was a concerted move to undermine the dominant Malay race. Earlier it suggested that the rally was a communist plot.

There was nothing subversive about the rally. It was held to demand electoral reforms ahead of the next election in 2012.

The demonstrators, who numbers were independently estimated to top 10,000, were simply trying to exercise their rights of free speech and assembly.

They may have defied the law, but they were still marching peacefully. A few clashes erupted when the police tried to break them up. When they did disperse, they did so peacefully.

The police clearly overreacted. They did not need to invoke the Internal Security Act to arrest some of the protest’s leaders before Saturday. They certainly did not need to detain more than 1,600 on the day of the demonstration.

Aspirations for freedom and democracy are universal. Governments everywhere will, sooner or later, have to make accommodations. You cannot suppress the people and deprive them of their freedom forever. You must give them their due — or else they will get it by force. The Arab Spring is a case in point.

Given its current economic strength, Malaysia is in an enviable position to allow greater freedom and democracy. It can afford to take some risks without necessarily undermining development. A few powerful people may stand to lose their economic privileges, but they should have been phased out by now.

The Bersih 2.0 rally is the clearest sign that Malaysians want freedom and justice, as well as wealth.