SlideShow

0

Tayangan umum visual BERSIH minggu ini

Add caption




2011/07/20

KUALA LUMPUR: Polis akan mendedahkan gambar dan rakaman visual keadaan sebenar ketika perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu kepada umum, minggu ini bagi menangkis dakwaan polis bertindak ganas dan tidak mengikut prosedur ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua rakaman itu sedang diteliti enam jawatankuasa khas dibentuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu, termasuk pelbagai gambar dan video yang dimuat naik dalam YouTube serta laman sosial lain.
“Banyak gambar dan video, termasuk yang ditokok tambah dimuat naik dalam internet sejak perhimpunan itu sehingga timbul persepsi negatif terhadap polis dalam melindungi keselamatan dan ketenteraman awam.
“Hasil laporan dijangka diperoleh minggu ini dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada media untuk hebahan umum. Kita meminta sesiapa memiliki gambar atau rakaman menyerahkan kepada polis untuk membantu siasatan kita,” katanya pada sidang media, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Himpunan PATRIOT bersedia mengemukakan saksi masing-masing bagi membantu siasatan berhubung situasi sebenar perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata pihaknya tidak akan menyerahkan rakaman visual dan bukti lain dimiliki mereka kepada polis, sebaliknya memilih menyerahkannya pada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

0 comments:

Post a Comment