SlideShow

0

membudayakan melayu dengan keusahawanan...

saya amat tertarik dengan topik ini kerana dalam pendapat dan pandangan saya, maju atau mundurnya seseorang atau bangsa itu bergantung pada budayanya..kalau nilai hidup ini sesuai, maka berjayala bangsa tersebut dan apabila gagal, gagallah individu atau bangsa ataupun negara tersebut..dalam ekonomi, kita memerlukan budaya yang betul supaya bangsa kita tidak lagi bergantung pada bangsa lain..
kuasa ekonomi adalah kuasa yang amat penting dalam sesebuah negara..ekonomi yang tinggi dan kuat akan dipandang tinggi dan dihormati..
GAGASAN BADAN EKONOMI MELAYU

 UCAPAN TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK

kalau kita lihat,sekarang ini bangsa kita tidak memiliki apa2 budaya yang boleh meningkatkan taraf ekonomi..bangsa kita masih lagi lalai,masih lagi x mempunyai nilai yang diperlukan oleh seorang usahawan yang berjaya.

sikap usahawan yang berjaya ialah menepati dan menghormati masa, tepat janji, pandai mengambil hati, pandai menyusun produk dan strategi, membuat keputusan yang tepat dan mempunyai pengetahuan yang luas..

menjadi cabaran kepada kita sebagai golongan baru bagi menebus pegangan dalam ekonomi..kita perlu ingat, bangsa melayu dulu merupakan contoh ekonomi melayu..tidak mungkin empayar besar Melaka dapat wujud tanpa adanya pengurus-pengurus hebat dalam menjana kekuatan ekonomi yang kukuh..
 "sekiranya kita gagal dalam perjuangan ekonomi bangsa melayu, maka tumpaslah ketahan bangsa,.." (Tan Sri Rahim Tamby Chik)

0 comments:

Post a Comment